src="http://www.widgipedia.com/widgets/widgetindex/animation-13_-16021-8192_134217728.widget" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" quality="high" height="145" width="88">

Tuesday, January 11, 2011

lirik Di Atas Satu Cinta..~








jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
apakah ku masih bisa terus melangkah
serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hatiku

subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hatiku

subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hatiku

selalu di hatiku

subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hatiku

selalu di hatiku

Wednesday, January 5, 2011

cintalah kerana agama ISLAM..~




:)

بسم الله الرحمن الرحيم

Kiriman ini adalah penjelasan mengenai salah seorang sahabat saya ( saudara baru ) yang pada mulanya tidak menyukai sepotong ayat dari Imam Nawawi dan meminta penjelasan mengenainya, iaitu:

“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi )

maka, saya yang hina dina, yang faqir kepada ALLAH, yang masih 'bertatih' untuk ke jalan ALLAH, cuba mejawab persoalannya atas dasar tanggungjawab sesama Islam, sekadar yang saya mampu, dengan ilmu saya yang amatlah sedikit jika di bandingkan dari Ilmu ALLAH...InsyaALLAH...atas izin ALLAH, atas bantuan ALLAH..

Pertama sekali perlu di fahami makna 'Cinta' ..iaitu perlu lah kepada ALLAH dahulu…seperti dalam Surah At-Taubah , ALLAH berfirman:

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). [Surah At-Taubah: 24]

Seterusnya, bagaimana mencintai ALLAH? Dengan BERAGAMA..apa maksud beragama? Mengikuti segala perintahNya, meninggalkan segala larangan NYA..dan MERASAKAN ALLAH adalah segala-galanya dalam kehidupan kita…kerana :

"Alam ini wujud atas nama cinta..Cinta dari-NYA, Kepada-NYA, Dengan-NYA, Untuk-NYA, dan Kerana-NYA."

Kedua, Cinta kepada Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam seperti di dalam hadis :

Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda:

لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من ولده ووالده والناس أجمعين

Maksudnya:

Tidak beriman seseorang itu (dengan iman yang sempurna) sehinggalah aku menjadi paling dicintai olehnya lebih daripada anaknya sendiri, ayahnya dan daripada seluruh manusia”.

[Hadith riwayat Imam Al-Bukhari (no: 14) dan Imam Muslim]


Rasulullah -shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda lagi:

فوالذي نفسي بيده لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده

Maksudnya:

Demi Dia yang mana jiwaku dalam kekuasaanNya. Tidak beriman seseorang itu (dengan iman yang sempurna) sehinggalah aku menjadi paling dia cintai berbanding ayah dan anaknya sendiri” [hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam An-Nasa’ie dengan lafaz ini (no: 4929)


Ketiga, barulah mencintai ‘mu’ yang lain2 dlm kehidupan kita di sunia ini…yang juga perlu hanya kerana ALLAH juga…’mu’ di sini ialah, termasuk manusia, pekerjaan, harta benda, anak pinak, n etc..

Contoh pada karier, tidak salah mencintai karier dan pekerjaan kita atau apa sahaja yang sedang kita lakukan, asal saja ia boleh membawa kita untuk kekal beribadah dan segar bugar keimanan, atas dasar perjuangan dalam agama itu sendiri memang memerlukan sumber pendapatan yang kukuh, ilmu dan kepakaran yang jitu, untuk memicu agama kembali kepada keagungannya.

Dalam Surah Al-Munafiqun , ALLAH berfirman :

Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.(Surah al-Munafiqun [63];9)

Demikian jika agama itu hilang daripada konteks pekerjaan , hingga saja menyebabkan IBADAH kita TERHALANG, SEMANGAT DAKWAH kita PADAM, keISTIQAMAHAN kita TERBELENGGU, maka ucapkanlah “selamat tinggal” duhai pekerjaan, lantaran harta mahu pun keluarga tak akan pernah memadamkan DASAR PEMBINA MAHLIGAI CINTA ..yakni, AGAMA iaitu kerana cinta kepada ALLAH…


Maka, maksud "Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu.." ialah apa sahaja yg melalaikan kita kepada ALLAH, apa sahaja yang mendatangkan Murka NYA ..

Kalau dari konteks hubungan suami isteri, maksud 'agama yang ada pada dirimu' bukanlah terletak pada pasangan kita itu tetapi kerana IKATAN PERNIKAHAN ITU SENDIRI adalah AGAMA..kerana pernikahan juga adalah satu IBADAH..kerana ia merupakan ikatan suci yang di Sukai dan di Redhai ALLAH..lantaran , penceraian itu sendiri adalah satu-satunya perkara halal yang dibenci ALLAH..maka, selagi pernikahan itu masih berlandaskan Islam ( tidak menyekutukan ALLAH, tidak menyalahi Syariat agama), masih berada di jalan yang benar di sisi agama (ALLAH) ...walaupun apa saja dugaan yg melanda, walaupun hilang cinta di hati pasangan kita, walaupun pelbagai dugaan yang melanda, walaupun pasangan kita kelihatan ' tidak cukup agama' ( dari konteks mata kita )..maka, kita TIDAKLAH harus "hilanglah CINTAku padamu..” kerana agama yg sebenarnya ialah pd ikatan pernikahan itu sndiri…atau maksud yang lebih mudah, ikatan pernikahan itu adalah bukti cinta kita kepada ALLAH..JIKA kerana ALLAH...IBADAH kerana ALLAH..kerana TAKUT dibenci ALLAH (jika memutuskan ikatan pernikahan) ...dan sudah PASTI PERLU kerana ALLAH...jika tidak , perlulah diperbetulkan mulai sekarang( untuk yang sudah bernikah) dan perlu disematkan ke dalam hati apabila bernikah nanti ( untuk yang belum bernikah)...

maka, jika tidak ketemui 'agama' itu dalam konteks pernikahan (cinta sesama manusia) , maka MOHON lah kepada ALLAH..mohon ALLAH Redha 'agama' itu...hanya kerana ingin mendapat REDHA nya..InsyaALLAH...jika ALLAH redha, ALLAH sendiri akan me'nyemai'kan rasa cinta kita kepada pernikahan itu...walaupun mungkin kita sndiri di duga pudarnya cinta kita kpd pasangan, atau hilagnya cinta kita kpd pasanagan..tp jika cinta kita kepada 'AGAMA' itu masih ada, iaitu kerana ALLAH,..InsyaALLAH... ALLAH sendiri akan me'nyemai'kan rasa cinta , rasa kasih, rasa ketenangan kepada pernikahan itu..dengan Rahmat NYA dan Izin NYA..

begitu juga dengan konteks hidup yang lain-lain, yang jika di huraikan, amatlh berjela-jela...( tidak cukup masa atas sebab tanggungjawab2 lain yang perlu saya laksanakan) tapi KONSEP, ASAS dan DASAR nya adalah sama dan hanya SATU...iaitu perlulah kerana AGAMA, yakni kerana ALLAH...Yang Maha Agung, Yang Maha Berkuasa..yang telah menciptakan kita, segala-gala yang ada di bumi dan langit, daripada tiada kepada ada....

Wallahualam...

___________________________

Jika ada sebarang kesilapan, kesalahan penggunaan ayat, tidak faham, semua adalah dari kelemahan dan kejahilan saya sendiri...
Jika ia menjelaskan persoalan kamu , maka ia adalah dari ALLAH..anugerah dari ALLAH...dengan izin NYA..dengan bantuan NYA...

dan, sebarang teguran, amatlah di alu-alu kan...

rujukan Surah & Hadith:
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/340

Tuesday, January 4, 2011

AssaLAmualaikum...~



salam semua..
ini adalah kali pertama saya memblog kan diri ini... hehe~
jd sye nk knlkn diri dlula ea..

nama sye najwa naajiah bt rashid..
saya berumur 20 thun pd oktober 2011..
hehe...

Muka Surat~

cbox